Gambaran laluan T107 (bas Rapid KL)

Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (PJ866), titik mula dan tamat bagi servis bas T107.Pintu A bagi Stesen MRT Sri Damansara Sentral

Perkhidmatan

Laluan bas T107 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran lauan bas 100–199).[5] T107 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Taman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, dan Taman Perindustrian Togo yang menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat ke Stesen MRT Sri Damansara Sentral, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Terdapat sebanyak 13 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T107, dengan tiga hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain seperti laluan 104 dan MPS4.[2][6] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[7][8] Laluan bas T107 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]

Laluan bas

Titik mula laluan bas T107 terletak di Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (kod hentian – PJ866) di susur Persiaran Dagang dekat Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.[9] Perkhidmatan bas T107 pertama kali bakal melalui Persiaran Dagang dengan melewati kawasan perumahan Jati SD 4, lalu membelok ke barat laut menuju ke Persiaran Cemara. Di sepanjang Persiaran Cemara, bas bakal melalui kawasan perumahan Mahogani SD 1, Cemara SD 3 dan Saga SD 4 serta kawasan perindustrian Emas SD 5. Terdapat dua hentian bas yang menyediakan perkhidmatan bas laluan T107 di Persiaran Cemara.[2][6]

Berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Taman Desa Aman Puri, bas T107 bakal membelok ke barat untuk melalui Jalan Aman dan seterusnya Persiaran KIP 2. Di Persiaran KIP 2 dekat Taman Wangsa Permai, terdapat dua hentian bas yang di mana bas T107 berkhidmat di hentian bas itu. Tiba di penamat Persiaran KIP 2, bas akan menuju ke utara melalui Jalan Tago 1, lalu berkelok ke barat daya melalui Jalan KIP 7 di Taman Perindustrian KIP, Selayang. Laluan diteruskan lagi dengan melewati Jalan KIP 6, Jalan KIP 5 dan Jalan YTN 2. Berdekatan dengan stesen minyak Petronas cawangan Kepong Industrial Park, laluan bas bakal membelok ke tenggara untuk melewati Jalan Tago 1 semula, lalu merentasi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tiba di penamat Jalan Tago 1, bas akan menuju ke timur untuk berkhidmat di sekitar Persiaran Industri, lalu Persiaran Jati dan seterusnya kembali ke Persiaran Dagang menuju ke titik tamat. Laluan bas T107 bakal tamat di Hab Bas MRT Sri Damansara Sental Pintu A.[2][6]

Rujukan

WikiPedia: T107 (bas Rapid KL) https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-putrajaya/... https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk?route=97... https://pandulaju.com.my/mrt-laluan-putrajaya-fasa... https://myrapid.com.my/wp-content/uploads/2022/06/... https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-kl/bus/ https://web.archive.org/web/20160425224952/http://... https://web.archive.org/web/20220712064741/https:/... http://www.spad.gov.my/bnr https://paultan.org/2023/03/17/mrt-laluan-putrajay... https://drive.google.com/file/d/1vsH8Gp-h6jbdNKoTm...